MESRA MALL
Mesra Mall dibangunkan oleh KLCC (Holdings) Sdn Bhd dan diurus oleh Suria KLCC Sdn Bhd . Mesra Mall telah dirasmikan pada 10 Oktober 2008. Terdapat Pasaraya TMC , TGV Cinemas , U-BOWL , Starbucks , Secret Recipe , Giordano , Tomei , Body Shop , Toys R Us , City Chain , Guess Accessories , Felisa Cosmetics , Carlo Rino , Anakku , Roti Boy , Burger King , Reject Shop , Bata , Various Photo and handphone shops dan lain-lain. Untuk maklumat lanjut, sila ke laman web ini.
TAMAN REKREASI DAN MINI ZOO KEMAMAN
Taman Rekreasi Dan Mini Zoo Kemaman ialah zoo pertama di Terengganu dan dibuka secara rasmi pada 11 April 2009. Taman ini terletak di kawasan seluas 54 hektar, di Kampung Ibok, kira-kira 14 km dari Bandar Chukai di Kemaman, Terengganu. Ia merupakan gabungan kawasan pameran spesies haiwan, Taman Rekreasi Air, Taman Tema, Taman Buah-buahan, Taman Herba, Taman Tumbuhan Tropikal, Taman Orkid, Taman Bonsai dan habitat semula jadi Kunang-Kunang terbesar di Terengganu.
Taman Rekreasi Dan Mini Zoo Kemaman ini merupakan daya tarikan pelancongan dan pemangkin pembangunan ekonomi terbaru di Terengganu. Antara tarikan utama di Taman Rekreasi Dan Mini Zoo Kemaman ini ialah Taman Tema, Jambatan Gantung, Akuarium, Kunang-Kunang di Sungai Yak Yah, menaiki tren mengelilingi zoo dan melihat pelbagai spesies burung.
Harga tiket untuk memasuki Taman Rekreasi Dan Mini Zoo Kemaman ini ialah RM15.00 bagi pelancong asing, RM10.00 bagi dewasa, RM5.00 bagi kanak-kanak dan RM3.00 bagi kanak-kanak yang berpakaian sekolah.
KELIP- KELIP SUNGAI YAK YAH, IBOK
Dalam jarak 5 kilometer daripada Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman - anda akan sampai ke kawasan Kelip-Kelip Sungai Yak Yah.
Untuk melihat kelip-kelip ini, anda harus menaiki bot di jeti Sungai Yak Yah. Kelip-kelip yang lebih popular dipanggil si kunang-kunang ini biasa akan dapat dilihat di sepanjang Sungai Yak Yah menjelang pada malam hari. Jangan mengharapkan kehadiran kelip-kelip pada waktu siang kerana serangga misteri ini hanya akan keluar dari tempat persembunyiannya pada waktu malam sahaja.
LEMANG KIJAL
Lemang merupakan satu lagi makanan warisan turun-temurun yang ada di Negeri Terengganu Darul Iman. Keenakan lemang ini terletak pada isi pulutnya yang dihasilkan menggunakan beras pulut yang dicampur dengan santan kelapa dan garam secukup rasa.
Kebiasaannya sebatang buluh yang bersaiz kecil dan sederhana akan digunakan untuk diletakkan hasil campuran tiga bahan tadi yang telah sebati. Buluh yang telah siap diisi ini kemudiannya akan dibakar di atas bara api sehingga betul-betul masak dan menghasilkan lemang yang pasti akan memikat hati anda. Harga yang biasa ditawarkan untuk pelanggan-pelanggan adalah sekitar RM4.00 dan RM5.00 sahaja untuk sebatang lemang mengikut saiz yang ada. Cukup berbaloi harga dikenakan ini dengan rasa lemangnya. Pasti anda tidak akan menyesal jika singgah untuk membeli lemang ini.
PANTAI KEMASIK
Pantai Kemasik adalah antara pantai yang sememangnya lokasi wajib untuk disinggah dan terletak di daerah Kemaman. Keindahan panorama pantai yang sangat jernih mampu memberikan anda satu pengalaman yang cukup indah bersama orang yang tersayang. Kedudukan pantai yang strategik membolehkan anda singgah sebentar bagi merehatkan minda sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi yang ditujui.
Di pantai ini turut menjadi tempat nelayan meletak bot kerana berhampiran pantai ini adalah terletaknya kampung nelayan. Suasananya amat mempersonakan kerana dapat melihat gelagat nelayan yang sedang bergerak ke laut atau yang kembali dari laut.
Pantai Kemasik merupakan pantai yang amat indah dengan pasir keemasan yang air yang jernih. Ini disebabkan pantai Kemasik mengadap lautan lepas menyebabkan tiada lumpur mendak pada kawasan pantai ini. Terdapat tebing bukit berbatu di sebelah pantai kemasik ini. Jika anda singgah di sini, tidak lupa untuk ke Jeti kayu yang dibina untuk menikmati keindahan pantai di sini dan jika anda perhatikan di bawah jeti tersebut banyak anak-anak ikan yang berada di dalamnya.
0 comments:
Post a Comment